Bagaimana nak sukat pengambilan air sehari??

6:00 AM 0 Comments A+ a-

Semua orang tahu bahawa air penting untuk kesihatan, dan secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?

Secara peribadi, Fai rasa agak sukar untuk menyukat air masak sebanyak 8 gelas sehari. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh masukkan sekali kiraan secawan teh atau kopi dalam kiraan 8 gelas air sehari. Tapi, bagi Fai 8 gelas air sehari hanyalah untk air masak sahaja (plain water).


Adakah 2 Liter Air Sehari Mencukupi Buat Anda?

Ada pendapat mengatakan bahawa lelaki perlu minum sebanyak 3 Liter (13 gelas) air, manakala 2.2 Liter (9 gelas) air bagi wanita. Jumlah ini perlu ditambah sekiranya kita melakukan aktiviti berat yang banyak menghasilkan peluh, dan bagi individu yang tinggal di negara yang beriklim panas, macam kita di Malaysia ini.

Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, Fai ada jawapannya.

Formulanya ialah:
2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)

Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka,Fai buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 43kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds (klik di sini) ->
43kg = 94.80 lb


(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2 per 3 ->
94.80 x 2/3 =63.20 oz


(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter (klik di sini) ->
80.83 oz = 1.87 L


Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 43kg mcm Fai, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2 L air sehari, ya!


Bagaimana Nak Sukat Cukup 2 L air sehari/tak?

Mengikut kajian terhadap diri sendiri, faktor utama yang menyebabkan Fai MALAS untuk minum air kosong sebanyak 2 liter terutama di ofis ialah "malas" untuk berulang-alik ke tandas.

Sejak makan vitamin ni, Fai nekad untuk menggunakan botol bersukat sebagai penanda. Fai sediakan sebotol air 1.5 L di ofis. Fai akan pastikan air tersebut diminum setengah botol air sebelum rehat tengah hari. Manakala, setengah botol lagi dihabiskan sebelum pulang ke rumah di waktu petang.

Malam pula Fai akan pastikan minum air 1 botol kecik 100+ (500ml)... So, total ckup la 2L air sehari... Hehe...

Nampak skema kn? Namun, jika untuk kesihatan, apa salahnya...

Apabila "tangki" sudah penuh, maka tiada alasan lagi untuk tidak mahu ke tandas *-^


Bagaimana Nak Tahu Bahawa Pengambilan Air Sudah Mencukupi?
(1) Jarang merasa dahaga.
(2) Hasilkan 1.5 liter (6.3 gelas) atau lebih urin sehari.
(3) Warna urin ialah jernih, hampir tiada warna (colourless).

Awas jika warna urin anda ialah keruh dan kuning pekat!!!


Ini cara Fai. Anda pula bagaimana?


credit to GenkiMomma

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)